Selasa, 31 Mei 2022

Pengalaman Temu Duga Biasiswa JPA 2021 Secara Online

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Dalam post ini, saya akan share serba sedikit pengalaman tentang interview biasiswa JPA 2021. Pada tahun 2021, JPA ada menawarkan beberapa jenis biasiswa kepada para pelajar SPM 2020 menerusi laman web rasminya iaitu E-Sila.


·         Biasiswa Program Khas JPA-MARA 2021

·          Biasiswa Lepasan SPM Dalam Negara 2021

·          Biasiswa Program Penajaan Nasional 2021

·          Program Khas Jepun,Korea, Perancis dan Jerman 2021


Saya telah memohon biasiswa LSPM, PPN dan Program Khas JPA-MARA. Ketika ini, kita kena stay alert dengan e-mel. Selepas kita buat permohonan dalam talian, kita akan mendapat pengumuman untuk menjalankan ujian psikometrik. Susah ke? Ujian psikometrik ini macam yang kita buat kat sekolah je.

Kemudian, para calon dikehendaki untuk menyiapkan rakaman video 2 minit untuk memberitahu perihal diri kita. Explain latar belakang pendidikan, kenapa kita berminat untuk mendapatkan biasiswa yang kita pohon. Pastikan rakaman video tu jelas tau. Pakaian pun kena proper.

Ujian psikometrik dan rakaman video dah selesai. Tibalah masanya untuk seseorang calon mendapat panggilan temu duga SAC. SAC tu apa? Student Assessment Centre. Pada zaman sebelum saya, SAC diadakan secara bersemuka. Tahun 2021, yalah sebab pandemik. Kena buat online.

Seperti yang saya pesan, memang kena alert dengan e-mel yang kita dapat. Takut terlepas tarikh. SAC diadakan secara group dalam Google Meet. Satu group ada 4 orang. Saya mendapat sesi pagi. Hanya 1 SAC perlu kita hadiri meskipun kita mohon lebih daripada satu biasiswa.

Ada 2 bahagian iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Untuk BM, panel tanya apakah impian kita, apa halangan kepada impian kita. Untuk part Bahasa Inggeris, panel tanya adakah kerjasama penting?   

Soalan nampak mudah tetapi sebenarnya boleh memerangkap. Pastikan jawapan korang tu ada “ingin berkhidmat kepada ibu bapa, masyarakat, agama dan negara”.  Untuk soalan halangan impian, jangan bagi jawapan “halangan utama ialah persekitaran”.

Proses temu duga tidak mengambil masa yang lama. Minggu terakhir Julai 2021, result biasiswa pun keluar. Permohonan biasiswa PPN dan Program Khas JPA-MARA gagal…  Jujur saya katakan, agak kecewa. Alhamdulillah, biasiswa LSPM 2021 menjadi pengubat hati yang duka.



 Apa-apa pun, saya yakin ada hikmah di sebalik perkara ini. Kepada murid yang berminat dengan biasiswa JPA, ingin saya ucapkan semoga berjaya. Sentiasalah yakin dengan rezeki daripada Tuhan. Bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan