1. Kita hendaklah bekerjasama antara satu sama lain untuk menyiapkan sesuatu perkara supaya perkara itu menjadi lebih mudah. Sebagai contoh, Amir dan Usamah Amir dan Usamah bekerjasama antara satu sama lain untuk mengubah suai mesin rumput terpakai menjadi mesin 2 dalam 1 berpandukan Formula Termodinamik berserta kreativiti dan inovasi.
2. Kita mestilah berusaha dengan gigih semasa melakukan sesuatu perkara agar kita mendapat kejayaan. Sebagai contoh, Amir dan Usamah berusaha dengan gigih untuk menyiapkan mesin 2 dalam 1 kerana ingin membantu penduduk kampung dalam penanaman padi. Mesin ciptaan mereka mendapat sambutan orang ramai kerana memerlukan kos yang rendah dan mudah dikendalikan.
3. Kita haruslah bersikap kasih sayang dengan menyayangi ahli keluarga kita supaya hidup kita diberkati dan harmoni. Sebagai contoh, Amir dan Usamah sangat menyayangi nenek mereka. Hal ini terbukti apabila mereka melawat nenek mereka yang dimasukkan ke hospital kerana perlu menjalani pembedahan buku lali.
4. Kita sepatutnya bersikap insaf akan kesalahan kita dengan meminta maaf agar hidup kita bahagia. Sebagai contoh, Aswan berasa sangat menyesal kerana bersikap dengki akan Amir yang mencipta mesin 2 dalam 1. Oleh itu, Aswan meminta maaf kepada Amir.