Novel Formula Termodinamik digunakan oleh pelajar Tingkatan 1 di sekolah-sekolah menengah di Kelantan, Melaka, Pahang dan Terengganu. Oleh itu, saya membuat catatan ini untuk menolong mereka.
Tema:
Kegigihan dan cabaran yang dihadapi oleh dua orang remaja untuk menghasilkan ciptaan mereka berpandukan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik, iaitu mesin 2 dalam 1. Akhirnya, usaha mereka berjaya apabila mereka menerima Anugerah Saintis Muda dan mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Persoalan:
a) Usaha yang gigih dan ikhlas akan membuahkan kejayaan. Sebagai contoh, Amir dan Usamah mencipta mesin 2 dalam 1 berpandukan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dengan gigih dan ikhlas. Usaha mereka terbalas apabila mereka dianugerahkan Anugerah Saintis Muda dan mendapat biasiwa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
b) Kreativiti dan inovasi penting dalam menghasilkan sesuatu ciptaan. Sebagai contoh, Amir dan Usamah mencipta mesin 2 dalam 1 berpandukan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik serta kreativiti dan inovasi. Mesin itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung kerana kosnya murah dan senang dikendalikan.
c) Ilmu penting untuk kelangsungan hidup. Sebagai contoh, Aswan menyesal kerana mensia-siakan peluang pendidikannya dan lebih suka berfoya-foya.
d) Faktor pemilihan rakan amat penting dalam kehidupan. Sebagai contoh, Fikri selalu menasihati Aswan ke arah kebaikan. Oleh sebab itu, Aswan menangguhkan niatnya untuk memindahkan aset Syarikat Bahagia sebanyak RM1.3 juta.
Kalau persoalan menguasai ilmu untuk manfaat bersama?
BalasPadam